Isnin, 8 April 2019

Perjalananku Ke Langkawi

KTMB_ETS (Sektor Utara)

Sungai Buloh, Selangor - - - > Arau, Perlis
Dewasa : RM 71.00 (Sehala)
Kanak2 4 Tahun ke atas : RM 40.00 (Sehala)
Kanak2 bawah 4 Tahun : Percuma
(Tapi tiada Kerusi ye)
Note : Booking Tiket Online / Kaunter KTMB terdekat dan lebih baik Booking / Beli tiket awal, risau nanti Jadual Train Penuh ketika Tarikh perjalanan yang telah dirancang

TEKSI

KTMB Arau, Perlis - - - > Jeti Kuala Perlis
Sehala : RM 26.00 (1 Teksi)
Noted : Masa nak balik pun kalau ambil Teksi dari Jeti Kuala Perlis sama sahaja harganya

FERI

Jeti Kuala Perlis - - - > Jeti Kuah, Langkawi
Dewasa : RM 18.00 (Sehala)
Kanak2 4 Tahun ke atas : RM 13.00 (Sehala)
Kanak2 bawah 4 Tahun : Percuma
(Tapi tiada Kerusi ye)
Note : Ketika beli Tiket Feri di Kaunter, dapatkan Tiket Pergi dan Balik, supaya mudah rancang perjalanan pulang nanti

KERETA SEWA + HOTEL

Di Jeti Kuah, Langkawi terdapat banyak perkhidmatan Kereta Sewa ditawarkan, boleh buat pilihan mengikut citarasa masing2, tapi kena berwaspada juga, risau ada yang sengaja mengambil kesempatan.
Note : Jika telah mendapatkan Pakej Kereta Sewa + Hotel untuk beberapa hari di Langkawi, ianya menjadi lebih mudah dan perjalanan lebih lancar, tidak perlu lagi tercari-cari kereta sewa dan penginapan kerana pihak pengurusan pelancongan telah menyediakannya untuk anda, hanya perlu tunggu di Terminal Jeti dan Kereta akan sampai dan diserahkan kepada anda, dan anda boleh terus Pandu sendiri ke lokasi Hotel yang telah dimaklumkan lebih awal kepada anda. Boleh juga minta syarikat pelancongan tersebut tempahkan Voucer untuk Island Hoping + Tiket SkyCab Langkawi, agar rancangan percutian anda lebih lancar, jika segala aktiviti telah dirancang lebih awal, perjalanan pun lebih teratur insyaallah, selesai aktiviti yang telah disediakan, jadi mudah nak jalan Pandu sendiri dan banyak pantai menarik kita boleh terokai

PAKEJ YANG DICADANGKAN

Kereta Sewa + Hotel + Island Hoping + Kereta Kabel Langkawi
Note : Boleh rujuk dengan Permata Holidays Sdn.Bhd kalau bercadang nak Booking

Nama Syarikat : Permata Holidays Sdn. Bhd
Nombor Telephone / Whatsapp : 012 - 694 7027